Monday, December 26, 2016

Kangaroos, Koalas dan Kami.

Finally! A vacation.
View of the iconic Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge from
Mrs Macquaries Chair.


Alhamdulillah.

Selesai sudah percutian keluarga kami selama hampir 2 minggu ke Australia. 12 hari yang penuh aksi, emosi dan transaksi huhuhu....

We spent 5 days in Sydney, then took 2 days to drive from Sydney to Gold Coast (GC) spending 1 night each at Nelson Bay and Coffs Harbour along the way. And then at GC, another 5 days. Bayangkan lah betapa adventurousnya holiday kami. Well, as adventurous as a family of 6+1 can endure lah... nothing too extreme. For us parents yang tak berjiwa kental ni, naik cruise ship je pun dah cukup adventurous kut hahaha!

For me, personally, the best part of the holiday was the road trip along the Pacific Highway. Banyak pemandangan yang cantik2 dan menarik dan kadang2, getting lost was a blessing sebab termasuk ke kawasan2 kampung (countryside kata omputih) yang indah2 pemandangannya. Unfortunately, me being the one driving, tak banyak lah pemandangan yang dapat dirakamkan dalam camera sebab navigator tak minat nak snap gambar. Nak stop banyak kali pun navigator marah, nanti lambat sampai destinasi sebab kami kena pulangkan kereta sewa. Makanya, akak simpan je lah pemandangan2 indah semua tu dalam kepala.

For the rest of the family, the best part of the holiday was, of course, the theme parks. Bosan lah, bosan! (Says yours truly yg berkali2 jugak naik rides ekekeke!)

Apa2 pun, fyi, it was not a perfectly smooth sailing holiday. Travelling with 4 kids ranging in age from 3 to 11 was not easy. I knew this from the start. And prepared myself for it.

True enough, after a couple of days, Boy2 kena cirit-birit dan muntah2. Then berjangkit pulak kat si abang, Boy1 siap demam lagi. Berhari2 jugak lah nak sihat semula. 2 insiden yang hampir cemas whereby insiden pertama di Coffs Harbour bila Boy2 masih tak henti2 diarrhea sampai 4 hari. Sakit perut, meragam, taknak makan etc. Kami makin risau. Mujurlah kami ada travel insurance dan ada after hours doctor yang boleh dipanggil datang ke hotel, alhamdulillah.

Insiden kedua di GC, Boy1 pulak sakit dada pukul 2:30 pagi. Menangis sakit. Ya Allah... hampir2 dah nak call emergency line tapi bila soal-siasat, I yang bukan doktor ni tau yang it was gastric pain and gas. Bukan jantung. Bagi antacid, bagi painkiller, jadi mokcik urut pulak lepas tu hehehe. After a glass of warm milo, some bread, a good back massage and some episodes of burping later... Boy1 finally felt some relief and fell asleep. Besok paginya he was as good as new.

Mummy, however, having been the nurse on duty that night, mabuk2 tak cukup tidur. Sebab lepas Boy1 tidur, mummy hung on to make sure Boy1 was really, really alright. Camtu lah jadi mak kan? Sleep eludes you when you worry about your family. It's natural.

Alhamdulillah jugak both my girls survived the trip without any health issues. Not even the standard flu or coughing that normally comes during or after a long trip. I'm really thankful for that. Kalau tidak, tak dapat dibayangkan how full my hands would've been. Mummy pun penat jugak oii.

Am now going through hundreds of pics taken during the trip from my camera and all our devices combined. Banyak ya amat bak hang! Might just share a few in my next posting.

Until then, happy holidays and stay safe.

Tuesday, December 6, 2016

Saya memang suka jahit seluar tidur.



Anak boy I yang sorang ni peminat tegar kereta. Koleksi kereta kecik-kecik dia dah beratus biji agaknya. Kalau keluar ke mana-mana mesti nak bawak kereta dalam sebijik dua. Kalau keluar bermalam lagi lah, satu bagpack tu penuh kereta je. Berat kemain nak angkut tapi dia sanggup.

Waktu I tunjuk kat dia fabrik kereta yang I belikan untuk buat seluar dia (ada 4 corak), bersorak dia suka sangat. Mula-mula I tak bercadang nak jahit lagi, sebab aura rajin macam tak berapa menyerlah gitu. Tapi bila tengok dia bersorak tu, rasa kesian pulak. Tentu dia tak sabar nak dapat seluar baru.

Kesudahannya, I siapkan juga lah 2 helai dulu. Suruh dia sarung nak tengok "kemuatan" seluar, terus dia taknak bukak dah. Sibbaik la I memang basuh dulu kain sebelum jahit untuk pre-shrink.

Pagi ni... 

Dia taknak mandi. Sebabnya? Ye betul... taknak bukak "seluar car saya". Bila dipujuk-pujuk, dia bagi syarat. Boleh mandi tapi lepas mandi nak pakai balik seluar yang sama. Esehmen... mana boleh gitu, sayang oii...

Mama geleng kepala.


Boleh cuba =) 

Monday, December 5, 2016

Gaun tingkat-tingkat a.k.a. tiered dress.


So... I was going through my FB newsfeed as I do every day... and I kept coming across a friend's DIY home sewing projects. She seemed to be on a sewing spree.

Mak aii... saperah (that's alas meja for some of you), kitchen towel, sarung kusyen etc. you name it. Siap amik order lagi, on the go. Well, no surprise lah... she's celebrating xmas soon and she's busy doing up the house for the coming festive season. And if korang nak tahu, for us sharing the same hobby, this "showing off" (no offence intended here) of diy projects on social media is very contagious.

I, myself, had been putting off sewing due to segala macam kesibukan... yang benar dan yang dibuat-buat, eheheh.... and I had been wanting to get my creative juice flowing again. And now that the school holidays have started, what better time to jump head on and "merempit" like heck, kan?

So after browsing online for some ideas, terciptalah dress untuk anak bongsu aii...

I don't have a tutorial for this dress sebab truth be told, hakak nak siapkan cecepat dek non oii... kalau buat tutorial kang kejap2 dah nak kena pause tangkap gambar lak dulu at every step. Haish! Kan ke lambat tuh?

Apa2 pun, insyaAllah lah, kalau hakak terasa rajin yang luarbiasa, I might just make another one dan buat tutorial sekali ehh? Ehh? Ok?

Hakak belanja gambar je posting kali ni, orait? Apa nak namakan baju ni erk? Dress lobang jantung? Jantung berlobang? Hahaha... apa2 pun, I sangat puas hati dengan baju ni. Tak nyesal hakak buat pelan, hati2 and took my own sweet time. Tadi kata nak cepat siap, ni dah own sweet time plak?

Disclaimer: Warna tema krismas itu adalah kebetulan semata-mata. Next year boleh pakai untuk CNY pulak ekekeke!







Sunday, October 2, 2016

What happened to my blog list??!

Pernah jadi kat korang tak?

Dah lama I tak jenguk blog, hari ni tetiba ada masa sikit nak jalan2. So I was thinking of doing some blog hopping.

Sekali tengok sidebar, my blog list is gone! Like, vanished!

Alahaaaiiii.... mana I nak cari balik satu2 blog yg I suka visit tu....

Ok...

Start over. One blog at a time.

Jejak kasih.

Uols yang biasa bertandang ke sini dan ada blog, tolong lah tinggal komen so that I can add you back in (bagi yg I dah pernah add dan belum pernah).

Tengs!

UPDATE : Ehehehe... kecoh je lebih. Dah add balik... sibbaik save dalam reading list!

Monday, September 26, 2016

Ngomel sikit

Kadang2 manusia ni, dia rasa dia sorang je lah yang pandai. Orang lain hampir semuanya kurang cerdik dari dia.

Kalau bawak kereta umpamanya, dia sorang je yang pandai dan ikut undang2. Orang lain semua bangang. Pantang orang silap sikit, macam2 lah caci-maki keluar dari mulut dan jari. Sikit pun tak terlintas kat kepala dia situasi orang lain entah2 tengah emergency ke, entah2 tengah celaru fikiran sebab ditimpa musibah berat ke... Yang dia tau, jalan dia, dia misti jalan. Kalau dah bagi signal kanan, misti masuk kanan walaupun jalan belum clear. Pandai lah sangat kan?

Ada jugak yang paling pandai kat office. Orang lain semua bangang tak pandai buat kerja. Tapi penakut pulak nak suarakan ketidakpuasan hati tu. Jadinye, meroyan lah kat media sosial dengan status update yang menyakitkan jiwa kita yang membacanya. Dia tak sedar, status2 tu semua melambangkan kebongkakan diri sendiri, a peek at the person's true self yang suka merendah2kan orang lain. Orang macam ni saya hide kan je...

Oh and then, yang suka komplen pasal customers. Baik yang berniaga online atau offline. Waahh... kutuk2 customers. Dia tak sedar ke, by doing that dia secara tak langsung dah menabur pasir ke periuk nasinya sendiri. Kawan2 yang baca status tu tak ke potential customers juga? Kalau macam ni dia kutuk customers, esok2 kalau kita jadi customer dia mau lumat juga kena kata. I'm staying away from this kind of people.

Kbai.

Sunday, August 7, 2016

Kisah roti kepit celah ketiak

Alkisah, tadi kami sekeluarga pergi ke Taman Botani, Putrajaya. It was our first time there. Memang best jalan2 atas boardwalk di bawah teduhan pokok2 yang merimbun. I love trees! So I really did love the walk.

Along the route that we took, we came upon another jambatan, di bawahnya kolam yang penuh dengan ikan. Saw some folks feeding the fishies. Waahh! Had I known ada kolam ikan and can feed the fish, I would've brought some stale bread or something.

My kids were longingly looking at the fish and wishing they get to feed the fish as well. Umar thought ada jual fish food, rupanya tak ada. Humaira pulak kept saying, mama nanti kita datang lagi bawak roti ye.

Next to where they were standing were these 2 ladies, busy dropping crumbs of bread into the pond. I saw each of them had 2 large loaves of bread. The jumbo size one, not the regular. So they had 4 loaves of bread. If this was 12 years ago, before motherhood, I would'nt even think about asking them for some. Malu le wehh! But motherhood changed me (korang yang mak2 ni sure paham, takyah buat2 macho la... hahaha) so I politely asked if they could spare a slice or two so that my kids can feed the fish.

Kau! Mentah2 kena decline hahaha! I wanted to give them a dirty look and a smirk but akak sedar diri, kita yang meminta. Orang taknak bagi, takkan nak paksa pulak kan? So I simply told the kids, "next time".

Sangka baik lah... mungkin lepas ni diorang nak dinner makan roti yang diorang kepit ke hulu, ke hilir celah ketiak tu hihihi.

Friday, July 22, 2016

Tablecloth and tote bag.

So....

Not that I haven't been doing anything. I have been busy lah, people. Ceh! I've been over-using the word "busy", and I think it's losing its power. Its strength. Its credibility. So much so that when I say "I'm busy", people go like "Pfft!! What else is new?" Arr haa haaa!

Tapi seriously, memang busy nak2 pulak lepas raya ni. Dah bukak sekolah balik and what not. And at this stage of my life, touching mid-40s, I am having lots of health issues. Mainly hormonal. Aches and pains, gas and winds, worries and fears, you know what I mean.... 

Getting up in the morning is a real, legitimate pain, I'm telling you. It's like... celik-celik mata and wham! Anxiety kicks in. No warning. No need reason. Just, aku nak datang, aku datang! Haaa gitu. And there is always some pain, somewhere. Pinggang today, perut tomorrow, kepala the next. I mean, I can't really be THAT old!? Deal with this every day and I bet you, depression is going to kick in, sooner or later. Blaarghh! Here we go again.

Well anyways, enough grumbling.

Other than mengadu on whatsapp kepada teman2 sekapal, I do the next best thing that occupies me and keep my mind off things I want to keep my mind off of. Things that mess with my brain cells and synapses.

Sew...

I mean, so... 

I sew. 

I make things. I bask and revel (mostly in my head) in the glorious feeling of having made something with love and passion and a dose of inadvertent perfectionism. (Read: OCD)

First up, I made a tablecloth for my dining table. My 2nd diy tablecloth since we bought the table. Terpaksa jahit sendiri because you know why? Alas meja untuk meja 8-10 orang (6' x 10') sangat lah susah nak cari. Setakat ni belum jumpa lagi jual kat mana2 kedai yang I pegi. Maybe ada jual kat some specific shop but I'm not one who would take the trouble to hunt something sampai ke lubang cacing. Since I can make it myself, jahit je lah.

Cewah.... "jahit je lah". Bila dah jahit, baru tau susah juga menjahit alas meja besar ni. Sebab?

1. I use cotton linen. Kain linen is heavy-weight. Having to deal with 12 kaki of linen as you sew is no easy feat, hokay? To begin with, I have always hated bulky projects. Urgh!

2. Target lebar alas 6 kaki. Bidang kain 5 kaki. Tolak basi 2 inci, tinggal la 4 inci je lebih kat tepi meja. Kontot benor! So nak taknak, kena sambung. Haaa... keje memotong border panjang ni lah yg lecehnye. Mind you, nak cover keliling alas meja tu.

3. Bucu. Mitered corners. Harder than they look. But now I know how to make them nice and sharp! Win!

4. Sewing bulky project yg memerlukan jahitan berbatu2 jaraknya using a portable machine ibarat nak ke JB dari KL naik basikal. Gedek gedek gedek! Apa sajaaa si Manisah tuu...

Having said all the above, here's my baby...




Back
Front







Took me 3 days to finish this. Pelan-pelan buat, hati-hati potong semua to minimize mistake. I didn't want to make a mistake and have to bukak balik semua jahitan, oh tidaakk! 

When I'd finished with that one, I had enough leftover fabric (and then some) to make this tote bag.



I'm thinking of making more bags. Macam best pulak jahit beg.

But that would be another project for another time. 

Cheers!

Thursday, July 14, 2016

Raya lagi...


Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya kepada uols yang baik hati yang rajin jenguk2 blog I yang tak seberapa ni.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari saya, tuanpunya blog.

How was your raya? Muak tak terjebak dalam traffic jam yang macam lahanat? Hahahah!

Tapi itulah raya namanya, betul tak? Dulu-dulu masa I kecik2 tak pernah pun redah traffic jam ni semua sebab zaman tu penduduk tak seramai sekarang ni gamaknya. Lagi pulak, dulu-dulu orang tak merantau jauh-jauh. Sekarang ni... orang utara kawin orang selatan, orang barat kawin orang timur... kau bayangkan lah bersimpang-siurnya hamba2 Allah ni semua nak balik kampung masing2. Termasuklah yours truly.

Seperti tahun2 sebelumnya, kami beraya di Muar dulu. Hari raya kedua, perjalanan kami dari Muar, Johor ke Batu Gajah, Perak memakan masa 8 jam! Dua kali ganda dari biasa. Bayangkan lah betapa penatnya, betapa nak muntahnya, betapa rimasnya... tapi tempuh jugalah kan? 

Apa-apa pun, alhamdulillah. Seperti tahun2 yang lepas juga, ini lah masa nak berkumpul dengan kaum keluarga, inilah masa nak jenguk2 kampung dan inilah masa nak pulun makan segala benda yang kat kampung kite je paling sedap tempat lain jual tak sedap hahahah!

Beratur ikut umur =)

Breakfast hari raya ketiga - apam manis, thosai, roti canai, nasi lemak,
bihun goreng, putu mayam and last, but not least, nescafe panas!

Sekian cacatan raya. Sebenarnya memang takde idea pun nak celoteh pasal raya ni sebab tiap2 tahun pun sama je.... Cuma gambar je berbeza sebab anak2 makin membesar.
Bye!

Saturday, June 25, 2016

Cara Memendekkan Seluar Jeans Dengan Mengekalkan Kelim Asal

Time-time nak raya ni, mesti ramai ibu-ibu dan kakak-kakak yang beli seluar jeans kan? Selalunya kebanyakan kedai jeans ada servis potong kaki seluar jeans kalau terlalu panjang untuk pemakai. Tapi I'm sure uols pun sedia maklum, time-time orang sibuk shopping raya ni, queue nak potong seluar pun hmm alahaaii.... Silap haribulan dia kata kena datang balik ambil seluar hari lain. Saya pernah disuruh tunggu 4 hari! Terus kensel nak beli. Ye lah, dah rumah dengan shopping mall pun bukannya dekat sangat nak main singgah2 kan?

Masa tu terfikir jugak nak potong sendiri je. Tapi takut nanti nampak obvious sangat seluar potong sebab kelimnya dah tentu tak sama dengan kelim asal. Rupa-rupanya ada cara nak maintain kelim asal tu uolz!

Anyway, sekarang kalau beli seluar anak-anak, saya dah tak gaduh sangat kalau seluar terlalu panjang. Saya dah tahu cemana nak potong pendekkan dengan mengekalkan kelim asal. Dan yang paling best, lebihan seluar tu tak payah potong pun. Jadi bila anak tu makin tinggi, saya bukak je balik lipatan tu. Haaa... silap-silap sampai kawin anak saya boleh pakai seluar tu hahahaha!

Jom saya share ilmu yang sedikit ni. Bismillah...









Paham ke ni? Kalau tak paham, tanya kat komen. Tapi rasanya sure paham nye hehehe. Sorry posting ni kelam-kabut sikit sebab saya nak cepat siap sebab nak masak untuk berbuka.

Sekian dulu. Tata-titi-tutu!

Cara Mengecilkan Pinggang Seluar Jeans

Salam Ramadan.

Hari ni saya nak share macamana saya kecilkan pinggang seluar jeans anak. Anak saya ni umur baru 10 tahun tapi seluar jeans nye dah pakai size dewasa. Elok tang punggung muat, pinggang pulak luas sangat. Saya kecilkan cara bubuh getah, sebab nak tinggalkan ruang untuk membesar hehehe. Kalau saya jahit terus nanti, buatnye lepas raya badan naik... dah takleh pakai plak seluar tu nanti kan? Kain denim bukannya boleh memeri. Sayangnye beli...

Selain tu saya terpaksa pendekkan kaki seluar jugak. Yang tu pun, nanti lah saya share tutorial insyaAllah.

Sebelum tu, saya nak ingatkan di sini, sebelum puan-puan nak buat apa-apa adjustment pada seluar jeans yang baru dibeli, eloklah dibasuh dulu seluar tu. Bagi peluang untuk seluar tu mengecut dulu. Kalau potong sebelum basuh, jangan terperanjat nanti lepas basuh tetiba senteng pulak seluar! Sesetengah jeans di pasaran tu ada yang dah di "pre-shrunk" oleh pengeluar. Tapi saya basuh jugak, mana lah tau kan?

Anyway, saya malas tak pandai nak karang instruction panjang2... jadi biarlah gambar berbicara ye? Saya tokok tambah sikit2 je kat caption gambar.

Sediakan getah dan tandakan panjang mana yang puan
nak pakai.

Tebuk lubang untuk getah. Jarak antara kedua2 lubang saya
buat 10 inci untuk getah 7 inci.


Masukkan getah. Nampak tak di situ, jarak lubang getah saya ialah 10inci.

Jahit zigzag pada getah belah kiri dulu. Dah jahit, potong lebihan
getah dan trim lah sikit benang yang lebih2 tu ye. Dalam
gambar ni benang berselirat belum dikemaskan hihihi.

Tarik getah sehingga nampak garisan yang kita tandakan mula2 tadi.
Selarikan garis tersebut dengan lubang getah. Pinkan supaya senang dijahit.
Seterusnya, jahit zigzag macam yang mula2 tadi, dan barulah dipotong
lebihan getah tadi.

Beginilah ghopenya bila dah siap.

Pandangan dari belakang seluar.

Senang je kan? Kejap je bleh siap. Okeh... next tutorial... cara nak potong kaki seluar dengan mengekalkan kelim asal.

Tungguu....

Friday, May 13, 2016

That favourite dress. (Tutorial bahasa Melayu)



If you're a Facebook user, I'm sure you're familiar with Facebook pulling you back in time to past memories every now and then.

Memories of x years ago randomly popping up on your screen.

And so it was, one fine day, one of those reminders beckoned me to go through some of my old albums on FB.

And I found this pic of my then almost 2 years old daughter in the peasant dress I made for her. This was the 2nd peasant dress I sewed. I loved to see her wearing this particular blue and pink dress. It suited her very well.

Anyway, that dress is way too short now and to be honest, I have no idea where it is. (???)

Perhaps, it is time to make new ones.

Click here for the tutorial in Bahasa Melayu. For English tutorials, there are countless of them on the net. Seek, and ye shall find!


Tuesday, May 10, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 2 (Cara potong dan jahit)

Ini adalah sambungan dari tutorial Part 1.

Ingat tak tutorial yang lepas, kita end up with lukisan pola yang macam dalam gambar ni (pic 4)?

Potongkan pola tersebut ikut garis hitam. Pola anda akan terdiri dari 3 keping kertas, iaitu a, b dan c.

Pic 4


Kombinasi a dan b adalah pola bahagian depan seluar. Kombinasi b dan c adalah pola bahagian
belakang seluar. Rujuk gambar2 kat bawah ni.


Pic 5
Pic 6


Seterusnya, bila nak potong seluar, susun pola ikut bahagian yang dikehendaki dan potong dengan kelebihan basi sebanyak setengah inci. Lihat contoh dalam gambar2 kat bawah ni. Saya lukis pola dah siap2 sekali dengan basi 1/2" jadi saya tak perlu tambah lagi.

Pic 7

Pic 8

Langkah seterunya. Jahit tepi keliling setiap helai potongan kain, dan kemudian jahitkan lace (atau ropol, atau biased tape, ikut suka korang lah) macam dalam gambar di bawah (pic 9). Lace di bahagian depan seluar tu tak payah la jahit sampai ke pinggang, sebab bahagian tu nanti terlindung.

Pic 9Perhatikan saya jahit lace di belah depan kain sebab nanti kita nak lipatkan ke belakang dan topstitch. Lebih kurang sama macam jahit binding jugak. Also, perasan tak bahagian depan seluar tu lepas jahit lace, saya teruskan jahit lurus sampai ke atas? Ini untuk memudahkan kita
melipatkan basi tu ke belakang kain nanti.

Nota : Pastikan anda tak konfius bila saya cakap depan kain dan depan seluar.

Pic 10
Lipat lace ke belakang kain dan gosok.

Pic 11

Okay, sekarang baca betul2.
Mula2 sekali, topstitch bahagian depan seluar dulu, iaitu helaian A.
Kemudian, selisehkan kedua2 bahagian depan dan belakang seluar dengan
helaian B di atas helaian A, dengan seliseh selebar 2 1/2" (Ini ukuran pola saya.
Ikut pola anda berapa besar seliseh ni) dan topstitch-kan bermula dari pinggang
sepanjang lengkuk seluar tu.  Maknanya, sekaligus topstitch dan cantum
kedua2 bahagian depan dan belakang seluar. Boleh paham kan?

Hasilnya macam dalam gambar di atas.

Pic 12
Sambungkan pula kaki seluar di bawah cawat. At this stage, anda
dah ada 2 kaki seluar kiri dan kanan.

Dah tu, sambungkan pula kedua2 kaki seluar ini di bahagian cawat. Lupa la pulak nak amik gambar so saya pinjam imej dari tutorial yang lepas.

Pic 13

Langkah berikutnya, potong kain untuk buat sarung getah pinggang. Saiz bergantung kepada ukurlilit pinggang dan lebar getah yang akan digunakan.

Pic 14
 Panjang = ukurlilit pinggang + 1"
Lebihan 1" tu untuk basi 1/2" di setiap hujung.

Lebar = (Lebar getah + 1/4"+ 1/4") x 2
1/4" yg pertama ialah ruang kelonggaran untuk getah dah kedut2 kain tu nanti.
1/4" yg kedua ialah basi kain.

Dah potong, lipat dua dahulu sepanjang getah dan gosok. Kemudian, lipat 1/4" di salah satu tepi kain untuk basi.
Basi yang sebelah lagi tak payah gosok. Rujuk gambar atas.



Pic 15

Sambungkan kedua2 hujung kain tadi, jadi mcm satu gelung. Ingat ye, basi tadi kita
potong 1/2" kan? Kalau tak ikut size basi ni nanti sarung getah tu akan jadi
terpendek atau terpanjang.
Seterusnya, pinkan sarung tu di bahagian basi 1/4" yang kita tak lipat tadi, macam
dalam gambar di atas. Jahit dgn basi 1/4" tadi.
Lepas tu, terbalikkan dan jahitkan sarung ke belah dalam seluar pulak.
From here on, jahit je lah macam kita biasa jahit sarung getah seluar, tinggalkan lubang
sikit untuk masukkan getah, dan jahitkan semula lubang tu lepas dah masuk getah.

Kalau anda rasa tak paham bahagian akhir2 tutorial ni, sila rujuk tutorial yang terdahulu tentang cara jahit seluar tidur. InsyaAllah boleh paham kut.

Dah siap seluar! Puas hati tak jahit sendiri??

Sangat!


Monday, May 9, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 1 (Cara lukis pola)

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak kongsi tutorial cara menjahit shorts seperti dalam gambar ni.


Tak tau apa nak panggil seluar comel ni, jadi saya panggil fancy shorts je lah. Tak kisah lah apa kita nak panggil kan? Yang penting seluar ni cute sangat bila budak2 pakai.


Maafkan je lah kasut pink, stokin merah, seluar biru... tak matching lahangsung! Tapi tak ke nampak betapa va-va-voom nye seluar iteww? Haaa... masuk bakul pulak si tukang jahit ni.

Lets not waste much time, meh saya tunjuk cara nak lukis pola seluar ni.

Mula2 sekali, lukiskan garis2 penanda mengikut size/ukuran pemakai (Rujuk Pic 1). Saya jahit seluar ikut ukuran anak yang berumur 3 tahun.

Pic 1
AC = EG = IK = (Ukurlilit punggung + 4")/2
AE = BF = CG = Tinggi cawat (Sambil pemakai sedang duduk, ukur dari pinggang ke kerusi) + 1/2"
AI = BJ = CK = Panjang seluar

 Seterusnya, lukis pola macam dalam Pic 2. Garisan hitam (termasuk yang putus2) ialah pola seluar.

Pic 2

V dan W = 1 1/2" (Sesuaikan ikut size pemakai. No hard and fast rule here, ikut sedap)

X = 2 1/2" (Ini lebar seliseh antara bhgn depan dan belakang seluar. Boleh tambah
ikut suka tetapi lebihkan ke kiri, iaitu ke bhgn depan seluar.)


Y = Turunkan bersesuaian dengan size getah yang akan digunakan.
Saya turunkan 1" sebab saya nak pakai getah 3/4". Garisan biru ialah garisan
asal pinggang seluar.

Z = Panjangkan dan turunkan sedikit ke bawah untuk bahagian
punggung untuk anak yang montel pakai pampers. 
Saya lukis free hand dan main agak2 je.

Garisan yang ada highlight warna kuning = saya sekadar lukis garisan belah kanan bagi
agak2 sama dengan yang belah kiri supaya bila nak cantumkan nanti tak pening kepala
panjang-pendek. Kemudian sambungkan aje kedua2 hujung kiri-kanan dengan  barisan lurus.

Garisan putus2 = saya lukis freehand je. Boleh guna pembaris lengkuk atau
pinggan bulat, whateversuits your fancy. Adjust ikut kadar "keseksian"
yang dikehendaki hehehe.

Pic 3

Bila siap, anda akan dapat rajah macam di atas.
Apabila anda potong ikut garisan hitam, anda akan dapat 3 keping iaitu bahagian a, b dan c.
a+b = pola hadapan seluar
b+c = pola belakang seluar


Tadaaa! Pola fancy shorts anda dah siap. Settle Part 1. InsyaAllah saya akan sambung Part 2 - cara memotong dan mencantum sampai jadi seluar, di masa akan datang. 

Until then... stay cheerful!