Saturday, April 25, 2015

Jom Jahit Seluar Tidur Ohsem!


Hari ni saya sempat siapkan seluar tidur Muhammad yang mana kainnya saya dah potong beberapa hari lepas. Oleh itu, meh lah kita sama2 tengok tutorial macamana senangnya nak jahit seluar ini.

Pertama sekali, tentulah kita kena ukur dan lukis pola seluar. Senang je. Kalau dah buat langkah yang pertama tu, jom kita teruskan.

--------------------------------------------------------------------------------


1. Potong kain mengikut pola yang dah dibuat. Jangan lupa tambah basi seluar sebelum potong ye. Ni kain yang saya dah potong. Saya sengaja nak buat hujung kaki keluar tu dengan kain berlainan corak. Kalau anda tak mahu, boleh ke teruskan buat pola seluar macam biasa tapi panjangkan kaki seluar mengikut labuh yang dikehendaki. Jahit tepi seperti yang dinyatakan dalam tutorial melukis pola yang lepas.

-----------------------------------------------------------------------------


2. SESI MENGGOSOK! 
Lipatkan basi bahagian pinggang  (yang telah di tentukan selebar 1 inci dalam tutorial cara lukis pola) seluar mengikut saiz getah yang akan digunakan. Di sini saya nak pakai getah bersaiz 1/2 inci jadi basi yang 1" tu mula2 saya lipat selebar 3/8 inci, kemudian lipat lagi selebar 5/8 inci. Gosok elok2. Kalau boleh jangan skip bab gosok2 ni sebab basi yang sudah digosok lebih memudahkan kerja menjahit. Why? Kebarangkalian nak tersilap jahit tu adalah lebih rendah, therefore, rendah jugalah kebarangkalian nak kena buka semula jahitan hehehe.... Leceh tau kena bukak2 jahitan ni. Boleh patah semangat!

-----------------------------------------------------------------------------


3. Macam ni rupanya lipatan di pinggang seluar selepas digosok. Boleh muatkan getah tu? =)

 -----------------------------------------------------------------------------


4. Untuk 'cuff' di bahagian kaki seluar. Mula2 lipat dua secara memanjang, gosok. Lepas tu, ambil satu sisi sahaja dan lipat selebar 3/8 inci dan gosok lagi. Cer tengok gambar kat atas tu...nampak kan? 
-----------------------------------------------------------------------------


5. Sekarang baru boleh mula menjahit. Mula2 sekali, cantumkan 'cuff' pada kaki seluar. Gunakan sisi yang tidak ada kesan lipatan basi. Ingat tak tadi kita gosok sebelah je basi kan? Haaa... jangan pakai side yang ada line gosok tu. 

-----------------------------------------------------------------------------


6. Jahit dengan cermat dengan saiz basi 3/8".

-----------------------------------------------------------------------------


7. Selepas dicantum, gosok dengan basi jahitan dilipatkan ke bawah. Nanti basi ni kita akan tutup jadi tak nampak sisa2 kain tu. Sebab itu penting digosok.

-----------------------------------------------------------------------------


8. Begini rupanya 'cuff' yang telah dicantumkan dengan seluar.

-----------------------------------------------------------------------------


9. Seterusnya, lipatkan setiap kaki seluar dan cantumkan dengan saiz basi 3/8" juga, bermula dari hujung 'cuff' naik ke atas. Penting ni, sebab kita mahukan cuff seluar tu betul2 selari dan bertemu dengan elok. Kalau tidak nanti susah nak lipat kalau panjang-pendek. Cantum bahagian kaki sahaja dulu. Lihat garisan merah dalam gambar di atas. Jangan cantumkan bahagian cawat seluar.

-----------------------------------------------------------------------------


10. Dah jahit? Pasang balik seterika tu dan gosok lagi eh? Bukakan basi macam dalam gambar ni.

-----------------------------------------------------------------------------


11. Yang ni, biar gambar sajalah yang berbicara. Tak reti nak karang cerita hahaha! Cuma nak bagitahu, saiz basi tetap maintain 3/8".

-----------------------------------------------------------------------------


12. Beginilah rupanya seluar yang hampir siap.

-----------------------------------------------------------------------------


13. Sekarang time to jahit bahagian pinggang untuk buat ruang untuk dimasukkan getah. Kita dah gosok kan dalam step yang awal2 tadi? Sekarang cuma perlu jahitkan lipatan tu, mula dari belakang. Jangan lupa tinggalkan lubang untuk masukkan getah nanti. 
Tip : Saya suka letakkan reben macam dalam gambar tu supaya anak saya tahu mana bahagian belakang, jadi takdelah dia pakai seluar back-to-front hihihi.

-----------------------------------------------------------------------------


14. Sama juga dengan bahagian 'cuff' seluar. Lipatkan ikut garisan seterika tadi, dan jahit. Pastikan basi di simpan di dalam lipatan 'cuff'.

-----------------------------------------------------------------------------


15. Macam ni rupanya bila dah jahit.

-----------------------------------------------------------------------------


16. Akhir sekali, dengan menggunakan safety pin, masukkan getah pendek sedikit dari ukuran pinggang tuan seluar. In this case, pinggang Muhammad 19", saya pakai getah sepanjang 16". Cantumkan hujung getah dan tutup lubang getah tadi dengan jahitan.

-----------------------------------------------------------------------------
TADAAA! Siap.


Sebenarnya, seluar ni saya buat agak panjang. Almaklum, budak2 kan cepat membesar. Tau2 dah singkat je seluar. The plus point about this seluar is the fact that, kalau terlalu panjang, kita boleh lipat kaki seluar dan still nampak cantik. Bukan nampak kain yang terbalik. Kalau anak makin tinggi, tak payah la lipat lagi. Dan kalau anak naik lagi tinggi tapi badan dok slim macam tu jugak, boleh juga dibuka jahitan 'cuff' tu dan dilabuhkan sedikit. Kan ke 'cuff' tu 2 inci lebarnya luar dan dalam? Tengok gambar di atas, sebelah saya lipat, sebelah tak lipat. 
Itu sebab saya panggil seluar ni OHSEM! Boleh pakai lama sampai anak pun naik jemu hahaha!

Dah tamat perkongsian hari ni. InsyaAllah di lain masa, kita buat projek lain plak ok?

Take care and happy sewing!

22 comments:

  1. Assalam aznin,
    he3
    memola iols hengat uols silap jahit sebelah panjang sebelah pendek :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mereng ko hapo tailor jait panjang-pendek ek?

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Mohon halalkan ilmu yer

    ReplyDelete
  3. best2.. t.kasih atas perkongsian ilmu yg sgt bguna.. minta halalkan ilmu. akn dimanfaatkan bila free nanti.. tqsm...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kiut sangat ni.. saya amik idea ya. Mmg nk buat sluar anak lama dah tp postpone busy je pjg😅

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sis atas ilmu yg mudah dan bermanfaat ini👍👍

    ReplyDelete
  7. salam puan saya mnt izin ye guna kaedah ini ,, tq puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm. Silakan. Takyah mintak izin, mmg utk perkongsian bersama.

      Delete
  8. Assalamualaikum..thanks sis share ilmu ni..sy nak cuba buat..trima kasih byk2..nti kalau jd sy tnjuk ya..

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^