Saturday, June 10, 2017

Perancangan Menu Bulan Puasa


Sedar tak sedar, dah 14 hari kita melalui bulan Ramadhan. Cepat betul kan masa berlalu... macam angin je. Tidur, jaga, tidur, jaga... dah separuh bulan Ramadhan pergi. Tinggal lah lagi separuh untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Saya sangat berharap dan berdoa semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk saya maximize pahala Ramadhan tahun ini. Setiap tahun rasa macam tak cukup je amalan... walhal macam boleh je kalau bersungguh-sungguh.

Setakat ni azam saya nak mengurangkan pembaziran di bulan puasa ini masih on track, alhamdulillah. Azam nak masak hari2 untuk berbuka, walaupun sekadar lauk ringkas ala kadar. Setakat ini cuma 2 hari saya tersasar... sehari beli lauk dan kuih di pasar Ramadhan atas permintaan anak sulung, dan sehari lagi kami order pizza delivery sahaja kerana kesihatan saya masa tu tidak mengizinkan saya ke dapur.

Mengikut pengalaman puasa yang lepas2, kalau memasak setiap hari ni kadang2 buntu juga memikirkan menu yang nak disediakan. Nak pastikan juadah menepati selera setiap ahli keluarga dan semestinya, nak pastikan juga makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, dari dulu lagi saya dah pesan anak2, tak semestinya setiap hari dapat makan makanan kegemaran mereka. Kena give and take lah. Mama tak mampu nak layan selera setiap orang setiap hari, jadi bergilir2 lah ye. Akan ada harinya yang lauk-pauk tidak menepati selera mereka. Belajar bersyukur dan tidak merungut. Alhamdulillah... nampaknya sekarang Kak Long & Abg Ngah dah faham. No more complaints. Dan yang paling saya suka, dah pandai juga ucap terima kasih pada saya setiap kali makan. Sejuk je rasa hati bila anak2 tahu menghargai penat-lelah kita.

Untuk memudahkan kerja saya menyediakan juadah berbuka, saya awal2 dah rancang menu dalam google spreadsheet. I learnt from past experience betapa peningnya kepala kalau nak fikirkan menu setiap kali nak memasak. Jadi awal2 saya dah buat menu buka puasa untuk 14 hari. Saya susunkan supaya lauk utama berselang-seli setiap hari antara ayam, daging dan ikan. Lauk kedua pula sayur, dan lauk ketiga adalah lauk tambahan yang bersesuaian.

Setiap kali ke pasar, saya beli bahan berpandukan perancangan menu saya ini. Daging, ayam, ikan semuanya saya stok siap2. Bahan sayuran pun, saya beli siap2 stok untuk 2 minggu dan simpan elok2 dalam peti sejuk. Saya habiskan dulu yang mana yang tak tahan simpan lama. Alhamdulillah, dengan cara ini saya tak perlu nak kerap ke pasar.

Nak masak pun saya dah tak pening-pening lagi memerah otak setiap hari. Saya dah tampal meal plan saya di dapur, hanya rujuk je di situ dan beri arahan pada bibik apa yang perlu disediakan menjelang pukul 5 ptg bila saya mula masuk dapur. Terasa efisiennye di situ hehehe....

Anak-anak pun dah tak payah tanya lagi hari ni mama masak apa. Tengok je planner, dah tahu juadah yang bakal disediakan. Saya pun tak rimas nak menjawab! Cuma memandangkan meal plan saya hanya untuk 14 hari, anak2 dah tanya, mana perancangan untuk 2nd half puasa?

Haish kata saya, kita ulanglah semula menu yang sama bermula dari atas!

8 comments:

  1. kalau dya pergi bazar sbb beli murtabk je..tp tahun ni dah 2x pergi bazar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy malas pegi bazar mainly sbb parking susah dan malas nak berasak2 tengah2 panas. Nak pulak kalau kena beratur... hish! Tak kuasa.

      Delete
  2. Betul Kak Nin, memang penat memikir juadah berbuka & menu sahur.. Alhamdulillah bulan ni saya tak berbelanja sakan di Bazar Ramadhan. Selalu masak walaupun menu simple..

    Bagus perkongsian akak, I like.. 👍

    ReplyDelete
  3. saya pun tahun ni tak membeli lauk di bazar..lebih selesa masak sendiri...Alhamdulillah anak2 dan suami suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg sebaik2nya kan? Air tangan sendiri untuk keluarga.

      Delete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^