Sunday, May 28, 2017

Spaghetti aglio olio seafood cepat dan sedap

Salam Ramadhan semua.

Pejam-celik, pejam-celik... tau-tau Ramadhan datang lagi. MasyaAllah... cepat betul masa berlalu kan? Apa-apa pun, saya ucapkan selamat menyambut bulan yang mulia ini dan selamat berpuasa buat geng-geng bloggers yang beragama Islam. Semoga kita diberi hidayah dan kekuatan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya rahmah dan barokah yang datang bersama bulan mulia ini. Banyak pahala Allah tabur sepanjang bulan ni... jom kita kaut sebanyak mana boleh, insyaAllah.

Hari ni nak post resepi lagi hehe! Macam tak biasa, bulan puasa ni biasanya dunia maya ni sarat dengan recipe sharing kan? Kalau kat FB tu masyaAllah... macam bertimpa-timpa lah resepi kat newsfeed, betul tak?

Sebenarnya masakan ni saya buat seminggu sebelum puasa, tapi baru sekarang masuk blog. Ikut turn lah...

Resepi spaghetti aglio oglio ni sebenarnya banyak dan bermacam-macam versi. Ini versi yang saya selalu buat untuk anak-anak. Resepi dapat dari adik ipar. Ada sekali makan di rumah dia, dijamunya ini. Tabur dengan chili flakes sebelum makan, mak aii... lazaaaattt!

Masakan ini sangat sesuai untuk adik-adik yang baru nak cuba-cuba memasak dan juga untuk yang bujang-bujang bajet nak masak sendiri. Meh tengok cemana nak buat. As usual, sukatan ialah mengikut anggaran banyak mana anda nak masak ye. Pandai-pandailah agak sukatan yang bersesuaian.

Spaghetti Aglio Olio Seafood (versi Nin)



Bahan-bahan:


Spaghetti yang telah direbus
Brokoli (potong kecil)
Lobak merah (potong kecil)
Udang
Sotong
Bawang putih (hiris nipis)
Minyak zaitun
Kiub pati ayam
Lada hitam atau sulah, suka hati masing-masing


1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih. Minyak zaitun perlu dalam kuantiti yang agak banyak, kalau tidak nanti hasilnya spaghetti akan jadi terlalu kering. Begitu juga dengan bawang putih, biar banyak. Dah namanya "spaghetti aglio oglio" tu pun ialah spaghetti dengan bawang putih dan minyak, so dua-dua ni bahan penting dalam masakan ni.


2. Bila bawang putih dah keperangan, masukkan udang dan sotong, diikuti kiub pati ayam. Tumis seketika.


3. Masukkan pula sayuran.


4. Apabila sayuran sudah layu, tutup api. Masukkan spaghetti, perasakan dengan lada hitam/sulah  dan balik-balikkan.

Siap! Senang kan?

Selamat mencuba!


Thursday, May 25, 2017

DIY beg beli-belah [shopping bag]


Semasa kerajaan negeri Selangor mula-mula memperkenalkan kempen #bebasplastik, kedengaran banyak betul rungutan dari pihak pengguna. To be honest, walaupun saya faham dari perspektif pengguna ini mungkin agak membebankan bagi sesetengah orang, saya sokong kempen ni. Saya tak faham sebenarnya kenapa nak bising-bising sedangkan tujuan kempen bukanlah nak tindas atau peras duit pengguna, tetapi lebih kepada deterrent, iaitu untuk menggalakkan pengguna membawa beg sendiri supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan. After all, the aim is to save the environment. Our environment.

Sewaktu saya melawat Cape Town, Afrika Selatan sekitar tahun 2002-2003 (tak ingat exact year), di sana telah pun berjalan polisi No Plastig Bag ini. Pengguna digalakkan bawa beg sendiri, atau kalau tak bawa, silalah bayar. Or else, jinjit je lah barang yang dibeli. Not sure if there was a lot of fuss when the policy was first implemented but ketika saya di sana, polisi berkenaan telah pun dilaksanakan.

Ketika saya berpindah ke Miri, Sarawak sekitar 2010, kempen bebas plastik ni juga sudahpun dilaksanakan di sana. I didn't see any protests, malah, selamba je orang Miri datang ke kedai bawa beg sendiri. Ada juga yang terus bawa bakul (kat sana kan banyak jual bakul anyaman penduduk setempat). Lagi senang! Kempen ini kemudian dilanjutkan pula kepada kempen bebas polisterin di mana kedai-kedai makan tidak lagi dibenarkan membungkus makanan menggunakan polisterin. Honestly, there was not a fuss. Penduduk Miri menerima kempen dengan minda terbuka. Setakat rungutan sikit-sikit tu biasa lah, apa-apa pun yang baru di implementasi, mesti ada some level of resistance kan? Sementara nak biasa. Tapi tak adalah protes sampai keluar berita TV, tuduh kerajaan tak bertimbang-rasa dan sebagainya. Dan tak ada pun yang meroyan kat FB.

Di sini, memang saya tabik dengan rakyat Sarawak kerana apa? Kerana they see the bigger picture. It's not just about your 20sen... it's more than that. It's an attempt to preserve the environment and natural resources for the future generation. Rakyat negeri Sarawak yang masih sangat kaya dengan natural resources pun tak keberatan doing their part for the environment because they know how important it is to preserve it. Malangnya orang Selangor dengan sungai yang banyak tercemar, masih nak berkira. Hmmm.... tapi bila tak ada air, meroyan marahkan MB Selangor hihihi...

Walau bagaimanapun, demi menyahut seruan kerajaan Selangor ini, saya pun cuba lah juga seboleh-bolehnya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau ke kedai, saya biasanya bawa back pack. Setakat beli barang sikit-sikit tu... boleh lah disumbat dalam back pack. Tapi kadang-kadang terlebih beli, kena juga bayar untuk beg plastik. Selalunya kalau beli barang-barang dapur (yang kering), saya lebih suka beli online, dan barang terus dihantar ke rumah. Mudah bagi saya sebab tak perlu mengangkat barang-barang yang berat seperti kampit beras, minyak masak, susu tin, sabun cuci dan sebagainya. Bila delivery van sampai, saya sediakan je satu bakul kat depan pintu. Adik delivery tu sekadar pindahkan barang-barang dari bakul dia ke bakul saya. Tidak ada beg plastik yang terlibat!

Anyway, dah lama juga saya pasang azam nak jahit shopping bag sendiri, yang boleh ditinggalkan dalam kereta untuk kegunaan di kala perlu. Ataupun dilipat-lipat dan diselit dalam back pack untuk diguna bila terbeli melebihi kapasiti back pack. Kain belacu dah lama saya beli untuk tujuan ini tapi terperap di dalam kotak fabrik di bilik jahit selama berbulan2. Akhirnya, beberapa hari lepas, dapat juga saya siapkan satu shopping bag berpandukan tutorial online yang saya jumpa dengan bantuan cik gugel. Saya sangat berpuas hati sebab beg ini buatannya agak kuat dan tahan lasak. Saya gunakan kain belacu dan perca lebihan projek alas meja dan tote bag yang saya buat dulu.



Cantik kan? Memang saya bercadang nak buat lagi satu atau 2 helai memandangkan kain belacu dan kain perca masih banyak. Boleh disimpan satu dalam kereta suami dan dua dalam kereta saya sebab saya lebih banyak shopping dari suami ekekkek!

Kepada yang berminat nak tengok tutorial, sila klik link di bawah. Saya buat ikut step-by-step tutorial tersebut. Mudah dan straight forward. Cuma sedikit saja perbezaan yang saya buat... saya lebarkan tali pemegang beg dari 4inci (mengikut tutorial) kepada 5inci.


Sampai sini dulu coretan malam ini. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan buat pembaca semua. Semoga kita sama-sama dapat meraih ganjaran hebat di bulan mulia ini dan semoga dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan berpuluh-puluh kali lagi.

Wassalam.

Wednesday, May 24, 2017

[Resepi] Bubur kacang dengan durian kegemaran Mr. Hubby


Beberapa hari lepas, lepas kami mengambil suntikan influenza beramai-ramai tu, terbit pulak di tekak terasa nak makan durian. Mungkin sebab mood happy selepas berjaya menerima suntikan dengan jayanya. Mama pulak yang over. Tapi betul, memang saya gelabah pun sebelum kena suntik tu. Jarum, beb... jarum!

Anyway, untung Mr. Hubby pun bersetuju, maka kami terus (lepas makan tengahari, opkos!) ke Taman Warisan Pertanian atas misi mencari durian yang sedap dan hopefully, murah. Bila sampai dan nampak ada stall durian ~ Musang King pulak tu! ~ wahh... bersorak anak-anak. Well actually, sorang je anak yang bersorak. Suara lagi satu tu suara maknya yang termengimbau ke zaman kanak-kanak bila terpandang durian kih kih kih!

Ermm... jangan tanya harga ye. Katanya masih di awal musim, supply belum banyak jadi harga pun tak berapa nak rendah. Tapi disebabkan kami masing-masing dah tinggi harapan nak menjamah durian, Mr. Hubby pun belikan juga supaya tidak menghampakan. Terima kasih, Yang... you have a big heart 😍.

Sebagai tanda terima kasih, saya pun masakkan lah juadah minum petang kegemaran Mr. Hubby, iaitu bubur kacang durian. Saya masak cukup-cukup untuk dia seorang sebab dalam rumah ni, cuma dia je yang suka bubur kacang. The rest of us tak minat, atau dalam kes saya, kurang minat. Tapi kalau dah lapar, boleh je makan hik!

Saya yakin, dah ramai yang tahu cara masak bubur kacang durian ni kan? Tapi takpe lah, saya nak jugak kongsi resepi tanpa sukatan saya. Mungkin kita masing-masing berlainan cara masak, betul tak?

Resepi Bubur Kacang Durian.

Bahan-bahan:

Kacang hijau anggaran 300gm.
Durian beberapa ulas
Gula melaka 50g (seketul yang kecil)
Gula pasir (sukatan mengikut citarasa, putih atau perang, terpulang)
Santan antara 3/4 ke 1 cawan (anggaran)
Daun pandan
Garam lebih kurang sesudu kecil

1. Mula-mula sekali, rendam kacang hijau dalam air panas dan tutup bekas tersebut. Biarkan terendam selama 1-2 jam. Kalau rendam lama, waktu memasak tak perlu rebus lama-lama sebab kacang cepat empuk.


2. Masukkan kacang ke dalam periuk. Letak sedikit air, gula melaka dan 1-2 helai daun pandan.


3. Panaskan hingga mendidih. Selepas itu renihkan dengan api sederhana sehingga gula larut dan kacang masak. Nak test kacang dah masak, saya ambil je sebiji dua dan picit-picit. Kalau tengahnya masih keras berbiji, belum masak la tu.


4. Bila kacang dah cukup masak, kecilkan api dan masukkan santan. Masa ni cuba rasa tengok cukup manis atau tidak. Saya tambah 3 sudu gula perang.

5. Masukkan durian dan renihkan sekejap dengan api kecil. Jangan sampai santan pecah minyak.

6. Akhir sekali, tutup api dah biarkan seketika baru masukkan secubit garam. Fungsi garam bukan nak bagi keseluruhan masakan masin, tapi sekadar nak bagi santan tu terasa lemak masinnya. Jadi sikit je dah cukup. Kata orang putih, just a hint.


Dah siap. Senang je kan? Tak berpeluh pun heheh!

Happy cooking!

Monday, May 22, 2017

Suntik vaksin influenza beramai-ramai


Beberapa bulan lepas, saya bawa anak bongsu ke klinik pakar kanak-kanak. Selsema dan batuk memang kerap menyerang kedua orang anak saya yang paling kecil sejak mereka mula masuk tadika. Dah memang kebiasaannya bila ramai-ramai tu, memang mudah sangat terkena jangkitan. Tambahan pula tadika sekarang banyak yang dibuat di rumah kedai di mana anak-anak terperuk di dalam ruang yang bertutup dan berhawa dingin selama berjam-jam sehari.

Berbalik kepada klinik pakar tadi, sewaktu memeriksa si bongsu saya dan mendengar keluhan saya mengenai anak-anak yang kerap selsema, doktor sempat menyarankan kami mengambil suntikan vaksin flu (flu shots) untuk mengurangkan risiko jangkitan selsema yang berbahaya kepada kami sekeluarga. Katanya dia sendiri mengambil vaksin flu setiap tahun dan memastikan keluarganya juga diberi suntikan sama.

Saya sekadar memaklumkan kepada doktor yang saya akan pertimbangkan cadangannya itu. Sejujurnya, selepas keluar dari klinik, saya terus terlupa. Sehinggalah apabila suami saya sibuk membuat persiapan untuk ke luar negara, saya teringat kembali akan cadangan doktor tersebut. Saya meminta suami mengambil suntikan vaksin berkenaan sekurang-kurangnya sebulan sebelum dia berangkat (kadar masa vaksin mula efektif mengikut kata doktor), dan alang-alang suami nak ambil, apa salahnya kami sekeluarga pun ambil sama.

Maka pagi tadi, setelah membuat temujanji dengan doktor di klinik berhampiran (doktor perlu order vaksin tersebut beberapa hari sebelumnya), pergi lah kami sekeluarga secara berjemaah untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan pantas. Mudah dan cepat suntikannya, malah tak terasa sakit pun. Cuma anak-anak yang kecil saja yang menangis, itupun kerana mereka tidak mahu tutup mata dan tengok sendiri jarum masuk ke lengan huhuhu.... Suami pujuk dengan bawa mereka beli jajan di kedai runcit sebelah klinik, terus semuanya ceria dan aktif semula macam tak ada apa-apa pun. MasyaAllah.... 😆

Secara amnya, vaksin flu dirumus untuk mempertahankan badan dari jangkitan virus influenza A (H1N1), influenza A (H3N2) dan influenza B. Setiap tahun rumusan vaksin yang dikeluarkan akan diperbaharui berdasarkan kajian jangkitan influenza yang dijangka akan merebak. Haish! Banyak jenis rupanya kuman influenza ni.

Buat yang berminat, suntikan vaksin flu ini cuma RM60 sahaja untuk setiap dos suntikan dan tempoh keberkesanannya ialah setahun. Jadi seelok-eloknya diambil setiap tahun. Sesuai untuk yang berumur 6 bulan ke atas sahaja dan pastikan anda tidak demam sewaktu mengambil suntikan.


Vaksin influenza. Siap dalam picagari. Doktor
tinggal suntik sahaja.

Apa-apa pun, ini sekadar ikhtiar sahaja. Janganlah kita menyangka kita selamat dari sebarang penyakit hanya kerana kita sudah mengambil suntikan vaksin, lantas tak peduli lagi nak amalkan cuci tangan selalu, nak makan vitamin C setiap hari, menjaga diet dan sebagainya.

Yang memberi penyakit dan menyembuhkan hanyalah Allah swt. Kita cuma ambil langkah berjaga-jaga mengikut kemampuan kita sebagai manusia. Yang selebihnya, kita serahkan kepada yang Maha Memiliki. Betul tak?

Betuuulll....😉😊

Saturday, May 20, 2017

Kemudahan Ezibox Poslaju ~ I like!

Good morning!

Pernah dengar pasal EziBox Poslaju tak? Haa... ni nak habaq mai. Katanya kemudahan ni dah ada sejak pertengahan tahun 2016 lagi, tapi saya pun baru je discover kemudahan yang awesome ni.

Ceritanya...

Hari Sabtu lepas saya tiada di rumah, sebab ada Hari Sukan sekolah anak-anak. Rupa-rupanya ada Poslaju datang. Saya pun terlupa yang saya sedang menunggu delivery barang. Kalau ingat, tentu saya tak angkut semua orang ke Hari Sukan tu. Biar ada orang kat rumah yang boleh sign-kan penerimaan bungkusan. Saya cuma tau ada penghantaran bila dapat sms dari Poslaju suruh saya datang ambil sendiri bungkusan di pejabat Poslaju berdekatan.

Bila sampai ke rumah, saya pun cari lah kad yang biasa orang Poslaju tu tinggalkan kalau barang tak dapat di hantar. Biasanya dia sangkut kad tu pada pintu, atau masukkan ke dalam peti surat. Jenuh lah mencari, tak ada. Saya pun malas nak ambil pusing sangat, saya cuma curiga je entah-entah yang sms saya tu bukan Poslaju. Kut scam ke. Zaman sekarang ni kita pun tahu teknik menipu dah semakin canggih dan kreatif. Terus saya lupakan saja lah pasal sms tu. Saya fikir, kalau bungkusan yang ditunggu tak sampai juga sampai hari Selasa, barulah saya nak telefon seller minta tracking number.

Tup-tup hari Isnin dapat lagi sms yang mengatakan bungkusan saya ada di Ezibox pejabat Poslaju dan saya diberi PIN 6-digit untuk ambil bungkusan tu nanti sebelum sekian tarikh. Aishh... tak mahu berteka-teki lagi, saya terus cari general line pejabat Poslaju yang berkenaan dan telefon. Baru lah saya tahu, Ezibox ni adalah self-service collection box dan accessible 24 jam. Maknanya, kalau tak sempat nak ambil bungkusan tu for whatever reason semasa waktu operasi pejabat, boleh je datang ANYTIME ambil sendiri berbekalkan PIN yang diberi. Satu kelegaan di situ sebab kebetulan saya memang sibuk sangat hari tu dengan bermacam urusan, dah tentu kena terkejar-kejar kalau nak collect waktu office hours.

Makanya, petang hari Selasa baru saya pergi collect. Macamana rupanya Ezibox ni? Like this.


Saya cuma masukkan info yang diperlukan ke dalam touchscreen monitor tu. Bila semua info dah cukup, ping! pintu kotak yang berkenaan akan terbuka sendiri. In my case, kotak yang betul-betul di bawah monitor tu, depan lutut saya je! Gila senang!

It's fully automated, jadi tak perlu risau malu kut terkial-kial nak bukak kotak tak reti hehehhe! Touchscreen tu pun tak susah nak pakai, ikut je arahan pada screen. Kita diminta isi tracking no., nama dan IC penerima dan jangan lupa masukkan PIN yang diberi. I'm pretty sure ada hidden cctv jugak kat monitor tu, macam ATM, untuk langkah keselamatan.

Meh tengok video pulak.


Walau bagaimanapun, tak semua pejabat Poslaju ada kemudahan ni. Setakat ni, kemudahan Ezibox di lokasi berikut sahaja:


Saya pasti, tak lama lagi, more Ezibox(es) akan di sediakan di seluruh Malaysia kerana ia satu kemudahan yang amat memudahkan pengguna dan pekerja Poslaju sendiri.

Kudos to Poslaju yang komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik!

Makin laju la saya online shopping.... 

Thursday, May 18, 2017

Happy birthday to me


Hari ni, complete setahun lagi nyawa saya. Another year accomplished. Another year of ups and downs. Another year yang membawa saya semakin dekat dengan hujung usia.

Alhamdulillah... macam-macam pengalaman yang mematangkan telah saya lalui. Yang memberi bermacam jenis pengajaran. Kalau dikenang balik, I can say that my life thus far, has been colourful and abundantly blessed. Saya bersyukur sebab sewaktu susah dan getir, bantuan Allah itu dekat. Saya boleh rasa kekuatan yang dari mana datangnya kalau bukan dari Dia. Dan semasa senang, Allah masih sayang saya dengan menjaga hati dan jiwa saya agar tidak lalai dan lupa diri. Syukur...

Birthday tahun ni sama je macam tahun-tahun yang lepas semenjak dah beranak-pinak ni. Tiada sebarang sambutan luarbiasa. Cukup sekadar ucapan dan peluk-cium suami dan anak-anak, saya dah happy. Bergantung kepada keadaan, ada tahun dinner di luar, ada tahun cukup takat beli kek saja. Ada juga tahun yang saya dapat hadiah, macam tahun ini hehehe... tapi sorry lah ye, won't be sharing with you what present I got.

Yang membezakan hari lahir saya dan hari-hari lain, rasanya satu je yang paling ketara. Ucapan happy birthday dari keluarga, guru-guru dan sahabat-handai yang mencurah-curah di media sosial. Terasa seronok juga bila tengok ramai yang beri ucapan dan mendoakan saya. Selama ni rasa macam tak dipedulikan je huhuhu... rupanya masih ada yang sayang =D.

Here's to another year of my life... and may it be greatly blessed. Amiin.

Wednesday, May 17, 2017

Projek sarung mixer - simple dan stress-free.

So... about a little more than a year ago, I finally bought myself a stand mixer. Dah lama teringin tapi belum ada rezeki untuk memiliki. Alhamdulillah, sekitar akhir tahun 2015, barang yang dihajati berjaya dimiliki. Gedebuk-gedebak sibuk dengan urusan relocation, renovation dan sebagainya, kalau tak silap, sekitar bulan Mac atau April 2016 barulah mixer tu mula berkhidmat. I pun dah tak ingat apa benda pertama yang I buat pakai mixer tu. Congo bars rasanya, untuk event di sekolah anak2.

Anyway, sejak mula keluar kotak sampai lah ke hari ni, stand mixer tu I parking atas kitchen counter. Tak kuasa nak simpan dalam almari sebab benda berat. Kalau setiap kali nak pakai nak kena angkut keluar almari, then simpan balik, alamat semakin tinggilah kebarangkalian untuk mixer tersebut terus terperap di dalam almari dan semakin rendahlah kekerapan I mem-baking (sakit jiwa DBP nengok bahasa aku...). I know, cause this is exactly what happened to my mesin jahit once upon a time ekekeke!

Adatlah apa-apa benda pun kalau dibiar menunggul, memang akan berhabuk. Jadi I pasang niat nak jahit sarung untuk mixer kesayangan. Untuk sementara waktu, I balutkan je dengan beg plastik. Huduh nor ghopenye bila beg plastik tersebut acapkali dibuka dan disarungkan semula. Berkedut-kedut, berlubang-lubang. Dek kerana dah sakit mata menengok keadaan sarung mixer yang dhaif begitu, akhirnya hari ni, I paksa diri untuk siapkan sarung yang dah long overdue ni.

To be honest, it took me a few days memikirkan cara nak jahit sarung ni. Google sana-sini tengok contoh-contoh dan tutorials online tapi hampir kesemuanya tidak menepati kehendak. I nak yang simple, senang dijahit. Tak mahu yang ada banyak pieces where you have to cantum piece by piece. Tak mahu yang boxy dan yang ada batting sebab nampak stiff and bulky. Tak mahu yang pakai bias tape sebab I tak ada bias tape yang warna matching dengan kain.

In the end, I came up with the simplest way to do it ... cuma 1 piece of fabric (okay, 2 termasuk lining) sewn to shape.


It was easy, and it fits perfectly...


And take a look at the lining... I panjangkan sedikit ukuran fabrik polka dot tu supaya hujungnya terlipat ke dalam. It gives a nicer finish.


Ada lagi 2-3 kitchen appliances yang minta disarung... tunggu mood datang la eh?

Cheers!

Wednesday, May 3, 2017

Ada tapi sibuk...

Uols...

Iols ada tau...

Cuma iols very the busy, tak sempat nak update blog.

InsyaAllah... in the near future, akan diusahakan heheh.