Saturday, June 25, 2016

Cara Mengecilkan Pinggang Seluar Jeans

Salam Ramadan.

Hari ni saya nak share macamana saya kecilkan pinggang seluar jeans anak. Anak saya ni umur baru 10 tahun tapi seluar jeans nye dah pakai size dewasa. Elok tang punggung muat, pinggang pulak luas sangat. Saya kecilkan cara bubuh getah, sebab nak tinggalkan ruang untuk membesar hehehe. Kalau saya jahit terus nanti, buatnye lepas raya badan naik... dah takleh pakai plak seluar tu nanti kan? Kain denim bukannya boleh memeri. Sayangnye beli...

Selain tu saya terpaksa pendekkan kaki seluar jugak. Yang tu pun, nanti lah saya share tutorial insyaAllah.

Sebelum tu, saya nak ingatkan di sini, sebelum puan-puan nak buat apa-apa adjustment pada seluar jeans yang baru dibeli, eloklah dibasuh dulu seluar tu. Bagi peluang untuk seluar tu mengecut dulu. Kalau potong sebelum basuh, jangan terperanjat nanti lepas basuh tetiba senteng pulak seluar! Sesetengah jeans di pasaran tu ada yang dah di "pre-shrunk" oleh pengeluar. Tapi saya basuh jugak, mana lah tau kan?

Anyway, saya malas tak pandai nak karang instruction panjang2... jadi biarlah gambar berbicara ye? Saya tokok tambah sikit2 je kat caption gambar.

Sediakan getah dan tandakan panjang mana yang puan
nak pakai.

Tebuk lubang untuk getah. Jarak antara kedua2 lubang saya
buat 10 inci untuk getah 7 inci.


Masukkan getah. Nampak tak di situ, jarak lubang getah saya ialah 10inci.

Jahit zigzag pada getah belah kiri dulu. Dah jahit, potong lebihan
getah dan trim lah sikit benang yang lebih2 tu ye. Dalam
gambar ni benang berselirat belum dikemaskan hihihi.

Tarik getah sehingga nampak garisan yang kita tandakan mula2 tadi.
Selarikan garis tersebut dengan lubang getah. Pinkan supaya senang dijahit.
Seterusnya, jahit zigzag macam yang mula2 tadi, dan barulah dipotong
lebihan getah tadi.

Beginilah ghopenya bila dah siap.

Pandangan dari belakang seluar.

Senang je kan? Kejap je bleh siap. Okeh... next tutorial... cara nak potong kaki seluar dengan mengekalkan kelim asal.

Tungguu....

4 comments:

  1. wahh! tips yang bagus.
    terima kasih berkongsi.
    boleh la buat utk anak saya yg berpinggang kecil pakai saiz seluar yr 11-12yr

    ReplyDelete
  2. Klu nk jahit kekal sama ke? Berapa byk saiz pinggang seluat yg dpt dikecilkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahit kekal tak sama, sbb jahit kekal kena potong seluar. Maaf, yg tu saya tak tahu hehehe...

      Delete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^