Monday, May 2, 2016

Cara buat seluar tidur dari langsir ready-made - Part 2


Dalam posting ni, I nak tunjuk macamana I buat seluar dari langsir ready-made. Ye, kain langsir! Kain langsir jenis cotton linen sesuai je. Tapi sebelum jahit tu, basuh la dulu ye. Bagi peluang kain tu mengecut dan juga untuk melembutkan kain. Kain jenis linen ni makin dibasuh, makin lembut, makin sedap pakai.

Jom mula.

Kalau anda tak faham what I'm talking about here, sila rujuk Part 1.

Pertama : adjust pola seluar ikut kesesuaian pemakai.
Sebelum tu, pastikan anda dah lakar pola seluar mengikut saiz di pemakai. Cara melakar pola ada di sini. Tetapi memandangkan pemakai seluar ini berbadan montel dan gebu, I have made some adjustments to the pola. Sila adjust pola anda accordingly.

Ini adalah beberapa olahan yang I dah buat, berdasarkan dari pola asal yang I kongsikan di dalam posting dulu. Sila rujuk gambar. Perubahan2 yang I buat ditanda dengan huruf besar warna merah, ABCD.

A - Ukurlilit punggung (A) ditukar tambahan 3" tu kepada 5" untuk kelonggaran yang sesuai bagi 
memudahkan pergerakan dan memberi ruang untuk tumbesaran anak. Nak pakai lama seluar ni oii...
B - I naikkan seinci, instead of setengah inci.
C - Panjang cawat + 1"
D - I labuhkan sedikit cawat belakang (garisan kuning). Yang ni takde ukuran,
agak2 panjangkan dalam seinci-dua.

Nota : Sila adjust ikut keselesaan masing2. I sekadar tunjuk contoh berdasarkan saiz anak I sendiri.
Kedua : Potong pola macam yang dinyatakan di dalam gambar di bawah.

Macam ni lah rupa pola I yang dah siap digunting. I lakar pola terus atas kain,
dan gunakan pola dari kain pertama untuk menggunting
pola yang kedua. Perhatikan macamana I potong supaya
hujung seluar betul2 selari dengan hujung langsir. This way, dah tak payah nak kelim
kaki seluar lagi. Rajin kan I?

Ketiga : Gunting tab langsir untuk dijahitkan ke kaki seluar. Seterusnya, jahit seluar seperti biasa. (Cara jahit ada di sini)

Gunting tab langsir. Jahit tepi di bahagian guntingan supaya benang tak
berbulu dan tercabut. Jahitkan pada sebelah dalam kedua2 belah kaki seluar.
Jahitkan butangnya di sebelah luar kaki seluar.
I'm sure you can figure this out kan? Sebenarnya lupa ambil gambar.... ampunnn!!
Keempat : Rock it, baby!


There... tak susah kan? Selamat mencuba!




InsyaAllah, future posting, share cara nak buat seluar pendek comel ni pulak.


7 comments:

  1. Assalamualaikum sis,

    Creative sungguh idea ni..
    Cantik juga hasilnya, 2 in 1.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm. Thanks. And thanks for dropping by =)

      Delete
  2. Oh, my! You memang creativelah! Tak pernah terfikir pun langsir linen lama macam ni boleh buat seluar. I doklah perap dalam almari langsir lama-lama ni lepas tu bila tak tahu nak buat apa, I terus buat kain buruk sekali pakai dan buang. Sayangnya!

    ReplyDelete
  3. Sis.. Skalh tgk sis share ilmu mcm ni... Blh tk sis bt tutorial satu set baju tidur 😉😉 skly bju

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sis. Terima kasih dtg bertandang =).

      Delete
  4. Terima kasih mohon share lagi cara membuat kain lap kaki pelbagai bentuk.

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^