Sunday, September 13, 2015

My own collection of pengalaman seram #1


Masa untuk cerita seram.

Kelmarin ada terbaca status update sorang kawan FB ni. Katanya dia bermalam kat satu hotel ni. Tapi nasib tak baik, dapat lah pulak bilik yang ada 'penghuni', maka terganggu lah malam mereka. Nasib baik lah bukan tidur sorang, jadi beranilah sikit nak menyampaikan ke pagi walaupun sebenarnya tak ada siapa yang tidur lena.

I sebenarnya dah lama berniat nak kongsi pengalaman kena ganggu dengan warga dimensi lain ni tapi asyik postpone je sebab rasa macam... perlu ke eh? Bila di kira-kira dengan jari, pernah juga beberapa kali I kena ganggu tapi alhamdulillah, masih ada jari lebih... makna nya tak sampai lah 10 kali kena ganggu hehehe...

Ni I kongsi my kisah seram experience in no particular order of occurrence.

1. Katil bergegar.

Katil bergegar ni I pernah kena 2 kali. Kali pertama di rumah sendiri di Taiping. Masa ni umur baru awal belasan tahun. Masa tu baru pertama kali nak belajar2 tidur sorang dalam bilik. Sebelum tu selalunya tidur dengan adik-beradik lain di ruang tamu tapi rasa macam dah besar kan... nak tidur sendiri-sendiri lah konon. Bilik I masa tu yang paling belakang sekali kat rumah tu, dekat dapur. Tapi rumah taklah besar, so sebenarnya takdelah belakang sangat pun. Masa nak tidur tu, dah padam lampu, I pun kumat-kamit lah baca segala doa dan surah. Nak cuba lawan takut ni tadi kan? Tiba-tiba elok I dah tenang dan ready nak tidur tiba-tiba katil bergegar. Gegarnya tu seolah-olah ada sesuatu yang terjun ke atas katil tu, haaa macam tu. Terus I terduduk, dan tengok keliling dalam cahaya samar-samar tu. Yang peliknya, walaupun terperanjat dan takut, I tak lari sebaliknya I baring semula dan cuba sambung tidur. Haaa... akukah itu?? Walau bagaimanapun, tepat pukul 3 pagi I terjaga dan terasa sangat takut so I terus angkat bantal lari ke ruang tamu sambung tidur kat sana hehehe...

Kes kedua berlaku masa lewat belasan tahun. Masa ni I belajar di IPT di KL dan satu hujung minggu tu I had decided nak pegi tidur rumah makcik di Kemansah Heights. Rumah makcik I ni besar, terletak di lereng bukit dan bangsa rumah banglo yang jarak dengan jiran-jiran agak jauh. Di sekelilingnya masih banyak hutan dan kebun getah. Rumah ni banyak bilik tapi anak-anak makcik I ni hanya sorang je lagi yang tinggal di situ. Dia tidur di bilik bawah. Yang lain ada yang dah kawin, ada yang menetap di luar negeri, makanya banyaklah bilik kosong kan? Malam tu my aunty cakap tido je lah kat mana-mana bilik kat atas tu. I yang penakut ni pun pilih lah bilik yang kecik sikit, yang cuma ada satu katil queen kat dalam tu. Bilik yang satu lagi ada 2 katil, takut la plak kang kut ada yang tidur katil sebelah tu kan? Yang penting, bilik kecik ni paling dekat dengan bilik my aunty, senang nak lari mintah tolong kalau apa2 hal kan? Muahahaha!

Anyway, adatlah bilik kalau dah tak berpenghuni, jadi macam ala2 stor lah jugak. Macam2 lah barang dan kotak ada dalam bilik tu walaupun takde lah sesak. Elok je kemas. Di suatu sudut bilik tu adalah satu bekas ni terletak koleksi tongkat2 kepunyaan my uncle. I tengok tongkat2 tu je pun dah seram... ada warna coklat, ada warna hitam, ada yang ulu bulat je, ada yang ulu berbentuk kepala ular... Haish! Tapi I tawakkal je lah dan tidur je. Dalam hati nyesal gak la datang rumah my aunty ni... tapi nasi dah jadi bubur. Redah je lah!

Macam kes yang mula2 tadi jugak, tengah I rilek2 nak lelapkan mata, tiba2 katil bergegar baik punya. Sama jugak, seolah2 ada benda yang terjun atas katil tu dari tempat tinggi. Ya Allah.... rasa nak gugur jantung dibuatnya. I terus duduk, tapi tak pasang lampu. Sambil duduk tu I baca lah macam2 surah sambil mata tengok pintu. Dalam hati dok contemplating nak pegi ketuk pintu bilik my aunty cakap takut kut lah dia nak temankan tidur hehehe... Tapi tak buat pun. I just baring balik dan finally, alhamdulillah, sedar-sedar dah siang tanpa apa2 kejadian pelik lain yang berlaku. Itu lah kali terakhir I tidur rumah my aunty tu sebab eventually, dia sendiri pun pindah....

2. Nampak batu nisan dalam bilik

Yang ni berlaku di rumah arwah nenek di kampung. Masa tu umur mungkin dalam form 4-5, gitulah. I ni kalau balik kampung, selalunya akan meet up dengan sepupu yang tinggal berdekatan rumah arwah nenek dan dia pun akan bermalam sama di rumah nenek. Kami ni memang sangat rapat sejak kecil sbb sebaya. Jadinya kalau berjumpa tu, kalau boleh nak berboraaaakkk je 24 jam. Nak bagitau, rumah arwah nenek I ni pulak di tingkat atas cuma ada 2 je bilik tidur. Bilik tidur yang di belakang tu memang dah terlalu banyak dengar cerita pelik2, tak tau lah betul ke tidak, jadinya memang kami tak hingin nak tidur kat situ. Kami awal2 dah plan nak tidur kat bilik depan, just the 2 of us. Tapi ingat lagi, arwah nenek tak bagi kami tidur berdua. Kami degil, nak jugak, sebab senang nak borak perkara2 rahasia gitu. Malam tu elok2 kali dah station atas katil berdua, dalam kelambu, tiba2 arwah nenek masuk bawak tilam kekabu. Dia bentang tilam atas lantai dan terus baring situ. Masa tu I dengan my cousin was like tengok each other... esehmen... tak syok aah. Tapi arwah nenek sangat bijak, she said "sembang le kome, opah tak dengor" something like that lah.

Maka berborak lah kami sok-sek2 dalam gelap bertemankan nenek dan pelita minyak tanah. Haa... korang biasa tak tidur pasang pelita minyak tanah? Arwah nenek I dulu tiap2 malam tidur pasang pelita ni sebab takmo gelap sangat.

Di sini lah mulanya citer seram I. Kitorang berborak tak sedar diri sampai lost track of time. Yang pastinya, semua orang dah tidur nyenyak. Rumah dah sunyi. Masa berborak tu, I dok perati muka my cousin sebab masa tu dia yang tengah bercerita. Sekali dalam samar2 cahaya pelita tu I ternampak sesuatu yang tiba-tiba timbul dekat belakang kepala my cousin. Cara timbulnya tu bukan dari samar2 jadi jelas, tapi seolah2 timbul macam keluar dari bumi. Terus naik terpacak gitu. Apa bendanya? Wallahu'alam tapi dari pandangan mata I, bentuknya tu sebijik macam batu nisan. Biasa tak pegi kubur dan kita tengok kubur yang baru2 yang masih belum ada batu nisan yg kekal, orang akan pasang kayu yang dibalut kain putih dan diikat? Haaa... macam tu lah yang I nampak!

Berderau darah, Tuhan je yang tau. Tapi dalam ketakutan tu, I maintain cool and I terus cakap kat my cousin, "dah la tu, meh kite tido eh?". Dia heran sebab tetiba je kan, so she tanya "Nape?". I cakap "esok je lah aku citer". Bila cakap macam tu, lagi lah dia curious tak hengat nak tau kan? Something very, very suspicious. I takmo story tapi dia paksa dan paksa dan paksa dan akhirnya I pun bagitau lah... jangan pandang belakang hahahaha! No actually, I cakap je lah apa yg baru berlaku. And then she asked again, ada lagi ke benda tu kat belakang dia? I jeling belakang dia, "ada" I cakap.

Kau! Dia punya menggelupur nak tukar tempat tidur dengan I, biar I yang tidur dekat benda tu. Berguling2 lah kami berdua atas katil, macam adegan wrestling gitu sebab masing2 takmo tidur sebelah benda tu. Last2 I yang kurus dan ringan ni memang kalah lah... dan terpaksa mengalah tidur juga lah kat sebelah benda tu walaupun by now, rupa-bentuknya dah makin samar. Berpelukanlah kami tidur malam tu. Nak lari, takut plak nak keluar kelambu. Dalam diam, sangat2 bersyukur arwah nenek ada temankan dalam bilik tu. Kalau kami berdua je, tak tau lah... mau runtuh kelambu berasak2 dan berpeluk2 ketakutan.

Esoknya kami cerita apa yang berlaku. Semua orang tak percaya. Semua kata imagination. I sangat yakin it was not my imagination. Tapi I perasan muka arwah nenek macam tak surprise pun, macam 'knowing look' gitu. Patutlah dia beriya-iya nak temankan we all tidur.

Sekarang, rumah pusaka tu masih ada, dan mak I yang tinggal di situ sekarang. Dah renovate sikit2 tapi I sampai sekarang tak berani tidur sorang2 dalam mana2 bilik di tingkat atas rumah tu. Sekarang dah ada bilik di tingkat bawah, jadi di situlah I selalu melepak kalau balik kampung. My cousin pulak, Allah lebih sayangkan dia... dia meninggal beberapa tahun kemudian masa umur kami berdua di awal 20-an.

Al-fatihah untuk arwah nenek dan sepupuku yang disayangi. I miss both of you.

Dah panjang karangan rupanya. Ada lagi nak story tapi lain kali je lah... perut dah lapor ni.

Good night, and sleep tight!

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^