Wednesday, September 30, 2015

Kain dah sampai...

Salam. Selamat pagi.

Lama tak bersiaran heheh! (Lama ke?)

Sibuk pun ye, takde bahan nak update pun ye jugak kut.

Masih lagi asyik men-doodle bila2 ada masa terluang tapi dek masa terluang tu pun terhad, tak siap2 lah adanya karya seni saya yang tak seberapa tu.

Anyway, dalam demam doodle masih membara, tiba2 dah sampai la pulak kain yang saya order tempohari. Kain cotton jersey. Cadangnya nak buat T-shirt patuh syariah. T-shirt muslimah.


Bukan tak boleh beli yang dah siap. In fact, banyak dah saya try beli yang dah siap. Tukar-tukar brand nak cari yang paling sesuai. Tapi akhirnya, kebanyakannya setakat pakai sekali-dua je. Masalah utamanya ialah... lengan selalu senteng hehehe! Bila dah basuh, makin menjadi sentengnye!
Apa nak buat, dah tangan saya ni agaknya tak proportion dengan badan.

Masalah kedua ialah kolar baju yang selalunya terlalu besar. Saya ni kecik, kalau kolar baju besar, bayangkanlah, kejap baju tu senget ke kiri, kejap ke kanan... Rasa macam budak2 pulak pakai baju besar. Bezanya tumbesaran saya dah pencen, jadi baju tu akan kekal besar sebab saya takkan membesar lagi dah ahahaha!

Satu lagi, saya nak T-shirt yang simple, sesuai pakai untuk pelasah2 gitu. Saya ni selalu busy bergerak ke sana, ke mari menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Dan ada masa2nya mood nak bersiap2 tu tak ada jadi bila time2 macam tu saya suka sarung t-shirt je pakai dengan jeans atau palazzo. Nak2 pulak kalau nak ke pasar beli ikan... dressing simple2 je asal selesa.

Apa2 pun kain dah sampai, kena lah cari masa nak jahit kan? Alang2 nak jahit tu, boleh la selitkan sekali buat tutorial, ye tak? InsyaAllah, tiada yang membolehkan terjadi sesuatu melainkan dengan kuasa dan kehendak Allah. Moga dipermudahkan olehNya hajat saya ini.

Jadinya ni nak bagitau lah, insyaAllah dalam masa yang akan datang ni akan adalah tutorial cemana nak jait t-shirt muslimah ok? Tapi jangan la harap t-shirt yang fesyen2 ye... dah cakap tadi nak buat yang simple jek.

Jumpa lagi...

XXX, Nin.

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^