Sunday, May 28, 2017

Spaghetti aglio olio seafood cepat dan sedap

Salam Ramadhan semua.

Pejam-celik, pejam-celik... tau-tau Ramadhan datang lagi. MasyaAllah... cepat betul masa berlalu kan? Apa-apa pun, saya ucapkan selamat menyambut bulan yang mulia ini dan selamat berpuasa buat geng-geng bloggers yang beragama Islam. Semoga kita diberi hidayah dan kekuatan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya rahmah dan barokah yang datang bersama bulan mulia ini. Banyak pahala Allah tabur sepanjang bulan ni... jom kita kaut sebanyak mana boleh, insyaAllah.

Hari ni nak post resepi lagi hehe! Macam tak biasa, bulan puasa ni biasanya dunia maya ni sarat dengan recipe sharing kan? Kalau kat FB tu masyaAllah... macam bertimpa-timpa lah resepi kat newsfeed, betul tak?

Sebenarnya masakan ni saya buat seminggu sebelum puasa, tapi baru sekarang masuk blog. Ikut turn lah...

Resepi spaghetti aglio oglio ni sebenarnya banyak dan bermacam-macam versi. Ini versi yang saya selalu buat untuk anak-anak. Resepi dapat dari adik ipar. Ada sekali makan di rumah dia, dijamunya ini. Tabur dengan chili flakes sebelum makan, mak aii... lazaaaattt!

Masakan ini sangat sesuai untuk adik-adik yang baru nak cuba-cuba memasak dan juga untuk yang bujang-bujang bajet nak masak sendiri. Meh tengok cemana nak buat. As usual, sukatan ialah mengikut anggaran banyak mana anda nak masak ye. Pandai-pandailah agak sukatan yang bersesuaian.

Spaghetti Aglio Olio Seafood (versi Nin)



Bahan-bahan:


Spaghetti yang telah direbus
Brokoli (potong kecil)
Lobak merah (potong kecil)
Udang
Sotong
Bawang putih (hiris nipis)
Minyak zaitun
Kiub pati ayam
Lada hitam atau sulah, suka hati masing-masing


1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih. Minyak zaitun perlu dalam kuantiti yang agak banyak, kalau tidak nanti hasilnya spaghetti akan jadi terlalu kering. Begitu juga dengan bawang putih, biar banyak. Dah namanya "spaghetti aglio oglio" tu pun ialah spaghetti dengan bawang putih dan minyak, so dua-dua ni bahan penting dalam masakan ni.


2. Bila bawang putih dah keperangan, masukkan udang dan sotong, diikuti kiub pati ayam. Tumis seketika.


3. Masukkan pula sayuran.


4. Apabila sayuran sudah layu, tutup api. Masukkan spaghetti, perasakan dengan lada hitam/sulah  dan balik-balikkan.

Siap! Senang kan?

Selamat mencuba!


Thursday, May 25, 2017

DIY beg beli-belah [shopping bag]


Semasa kerajaan negeri Selangor mula-mula memperkenalkan kempen #bebasplastik, kedengaran banyak betul rungutan dari pihak pengguna. To be honest, walaupun saya faham dari perspektif pengguna ini mungkin agak membebankan bagi sesetengah orang, saya sokong kempen ni. Saya tak faham sebenarnya kenapa nak bising-bising sedangkan tujuan kempen bukanlah nak tindas atau peras duit pengguna, tetapi lebih kepada deterrent, iaitu untuk menggalakkan pengguna membawa beg sendiri supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan. After all, the aim is to save the environment. Our environment.

Sewaktu saya melawat Cape Town, Afrika Selatan sekitar tahun 2002-2003 (tak ingat exact year), di sana telah pun berjalan polisi No Plastig Bag ini. Pengguna digalakkan bawa beg sendiri, atau kalau tak bawa, silalah bayar. Or else, jinjit je lah barang yang dibeli. Not sure if there was a lot of fuss when the policy was first implemented but ketika saya di sana, polisi berkenaan telah pun dilaksanakan.

Ketika saya berpindah ke Miri, Sarawak sekitar 2010, kempen bebas plastik ni juga sudahpun dilaksanakan di sana. I didn't see any protests, malah, selamba je orang Miri datang ke kedai bawa beg sendiri. Ada juga yang terus bawa bakul (kat sana kan banyak jual bakul anyaman penduduk setempat). Lagi senang! Kempen ini kemudian dilanjutkan pula kepada kempen bebas polisterin di mana kedai-kedai makan tidak lagi dibenarkan membungkus makanan menggunakan polisterin. Honestly, there was not a fuss. Penduduk Miri menerima kempen dengan minda terbuka. Setakat rungutan sikit-sikit tu biasa lah, apa-apa pun yang baru di implementasi, mesti ada some level of resistance kan? Sementara nak biasa. Tapi tak adalah protes sampai keluar berita TV, tuduh kerajaan tak bertimbang-rasa dan sebagainya. Dan tak ada pun yang meroyan kat FB.

Di sini, memang saya tabik dengan rakyat Sarawak kerana apa? Kerana they see the bigger picture. It's not just about your 20sen... it's more than that. It's an attempt to preserve the environment and natural resources for the future generation. Rakyat negeri Sarawak yang masih sangat kaya dengan natural resources pun tak keberatan doing their part for the environment because they know how important it is to preserve it. Malangnya orang Selangor dengan sungai yang banyak tercemar, masih nak berkira. Hmmm.... tapi bila tak ada air, meroyan marahkan MB Selangor hihihi...

Walau bagaimanapun, demi menyahut seruan kerajaan Selangor ini, saya pun cuba lah juga seboleh-bolehnya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau ke kedai, saya biasanya bawa back pack. Setakat beli barang sikit-sikit tu... boleh lah disumbat dalam back pack. Tapi kadang-kadang terlebih beli, kena juga bayar untuk beg plastik. Selalunya kalau beli barang-barang dapur (yang kering), saya lebih suka beli online, dan barang terus dihantar ke rumah. Mudah bagi saya sebab tak perlu mengangkat barang-barang yang berat seperti kampit beras, minyak masak, susu tin, sabun cuci dan sebagainya. Bila delivery van sampai, saya sediakan je satu bakul kat depan pintu. Adik delivery tu sekadar pindahkan barang-barang dari bakul dia ke bakul saya. Tidak ada beg plastik yang terlibat!

Anyway, dah lama juga saya pasang azam nak jahit shopping bag sendiri, yang boleh ditinggalkan dalam kereta untuk kegunaan di kala perlu. Ataupun dilipat-lipat dan diselit dalam back pack untuk diguna bila terbeli melebihi kapasiti back pack. Kain belacu dah lama saya beli untuk tujuan ini tapi terperap di dalam kotak fabrik di bilik jahit selama berbulan2. Akhirnya, beberapa hari lepas, dapat juga saya siapkan satu shopping bag berpandukan tutorial online yang saya jumpa dengan bantuan cik gugel. Saya sangat berpuas hati sebab beg ini buatannya agak kuat dan tahan lasak. Saya gunakan kain belacu dan perca lebihan projek alas meja dan tote bag yang saya buat dulu.



Cantik kan? Memang saya bercadang nak buat lagi satu atau 2 helai memandangkan kain belacu dan kain perca masih banyak. Boleh disimpan satu dalam kereta suami dan dua dalam kereta saya sebab saya lebih banyak shopping dari suami ekekkek!

Kepada yang berminat nak tengok tutorial, sila klik link di bawah. Saya buat ikut step-by-step tutorial tersebut. Mudah dan straight forward. Cuma sedikit saja perbezaan yang saya buat... saya lebarkan tali pemegang beg dari 4inci (mengikut tutorial) kepada 5inci.


Sampai sini dulu coretan malam ini. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan buat pembaca semua. Semoga kita sama-sama dapat meraih ganjaran hebat di bulan mulia ini dan semoga dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan berpuluh-puluh kali lagi.

Wassalam.

Wednesday, May 24, 2017

[Resepi] Bubur kacang dengan durian kegemaran Mr. Hubby


Beberapa hari lepas, lepas kami mengambil suntikan influenza beramai-ramai tu, terbit pulak di tekak terasa nak makan durian. Mungkin sebab mood happy selepas berjaya menerima suntikan dengan jayanya. Mama pulak yang over. Tapi betul, memang saya gelabah pun sebelum kena suntik tu. Jarum, beb... jarum!

Anyway, untung Mr. Hubby pun bersetuju, maka kami terus (lepas makan tengahari, opkos!) ke Taman Warisan Pertanian atas misi mencari durian yang sedap dan hopefully, murah. Bila sampai dan nampak ada stall durian ~ Musang King pulak tu! ~ wahh... bersorak anak-anak. Well actually, sorang je anak yang bersorak. Suara lagi satu tu suara maknya yang termengimbau ke zaman kanak-kanak bila terpandang durian kih kih kih!

Ermm... jangan tanya harga ye. Katanya masih di awal musim, supply belum banyak jadi harga pun tak berapa nak rendah. Tapi disebabkan kami masing-masing dah tinggi harapan nak menjamah durian, Mr. Hubby pun belikan juga supaya tidak menghampakan. Terima kasih, Yang... you have a big heart 😍.

Sebagai tanda terima kasih, saya pun masakkan lah juadah minum petang kegemaran Mr. Hubby, iaitu bubur kacang durian. Saya masak cukup-cukup untuk dia seorang sebab dalam rumah ni, cuma dia je yang suka bubur kacang. The rest of us tak minat, atau dalam kes saya, kurang minat. Tapi kalau dah lapar, boleh je makan hik!

Saya yakin, dah ramai yang tahu cara masak bubur kacang durian ni kan? Tapi takpe lah, saya nak jugak kongsi resepi tanpa sukatan saya. Mungkin kita masing-masing berlainan cara masak, betul tak?

Resepi Bubur Kacang Durian.

Bahan-bahan:

Kacang hijau anggaran 300gm.
Durian beberapa ulas
Gula melaka 50g (seketul yang kecil)
Gula pasir (sukatan mengikut citarasa, putih atau perang, terpulang)
Santan antara 3/4 ke 1 cawan (anggaran)
Daun pandan
Garam lebih kurang sesudu kecil

1. Mula-mula sekali, rendam kacang hijau dalam air panas dan tutup bekas tersebut. Biarkan terendam selama 1-2 jam. Kalau rendam lama, waktu memasak tak perlu rebus lama-lama sebab kacang cepat empuk.


2. Masukkan kacang ke dalam periuk. Letak sedikit air, gula melaka dan 1-2 helai daun pandan.


3. Panaskan hingga mendidih. Selepas itu renihkan dengan api sederhana sehingga gula larut dan kacang masak. Nak test kacang dah masak, saya ambil je sebiji dua dan picit-picit. Kalau tengahnya masih keras berbiji, belum masak la tu.


4. Bila kacang dah cukup masak, kecilkan api dan masukkan santan. Masa ni cuba rasa tengok cukup manis atau tidak. Saya tambah 3 sudu gula perang.

5. Masukkan durian dan renihkan sekejap dengan api kecil. Jangan sampai santan pecah minyak.

6. Akhir sekali, tutup api dah biarkan seketika baru masukkan secubit garam. Fungsi garam bukan nak bagi keseluruhan masakan masin, tapi sekadar nak bagi santan tu terasa lemak masinnya. Jadi sikit je dah cukup. Kata orang putih, just a hint.


Dah siap. Senang je kan? Tak berpeluh pun heheh!

Happy cooking!